5 bekalan!

Dalam melayari kehidupan dunia ini, wahai para sahabatku...peliharalah 5 perkara ini sebagai tuntunan kalian. 

1) Mu'ahadah-Iaitu perjanjian yang telah kita sama-sama ikatsetiakan dengan Allah dan Rasulnya.

2) Muhasabah-Iaitu sentiasa membuat penilaian diri agar dapat mengenalpasti segala kekurangan diri.

3) Muraqabah-Iaitu memerhatikan apa yang Allah cintai dan pedulikan apa yang manusia katakan tentang dirimu.

4)Musahabah-Iaitu menjadikan Rasul sebagai sahabat perjalanan. Kerana dia  telah tiada jadikan sirahnya sahabatmu. Untuk itu, pilihlah sahabat yang baik agamanya.

5) Mujahadah-Iaitu bersungguh-sungguh melawan godaan hawa dan syaitan.

;;
Powered By Blogger