5 bekalan!

Dalam melayari kehidupan dunia ini, wahai para sahabatku...peliharalah 5 perkara ini sebagai tuntunan kalian. 

1) Mu'ahadah-Iaitu perjanjian yang telah kita sama-sama ikatsetiakan dengan Allah dan Rasulnya.

2) Muhasabah-Iaitu sentiasa membuat penilaian diri agar dapat mengenalpasti segala kekurangan diri.

3) Muraqabah-Iaitu memerhatikan apa yang Allah cintai dan pedulikan apa yang manusia katakan tentang dirimu.

4)Musahabah-Iaitu menjadikan Rasul sebagai sahabat perjalanan. Kerana dia  telah tiada jadikan sirahnya sahabatmu. Untuk itu, pilihlah sahabat yang baik agamanya.

5) Mujahadah-Iaitu bersungguh-sungguh melawan godaan hawa dan syaitan.

RUMUSAN USRAH-24 OKT 2008

TEGURAN NAQIB

  1. Diminta ahli usrah agar datang lebih awal demi menjaga disiplin masa.
  2. Ahli usrah hendaklah membawa Al-Quran masing-masing
  3. Hendaklah membuat semakan bacaan semasa sahabat membaca Al-Quran agar lebih lancar.
RUMUSAN ISI USRAH
Ahli Usrah hendaklah berusaha mensucukan diri dengan amalan-amalan Fardiah agar amalan jama'i menjadi lebih  berkesan.

Ahli Usrah perlu membuang rasa benci kepada ahli UMNO. Jika mahu benci, bencila kepada kekufuran ideologi yang diterajui UMNO.

Fitnah itu penawarnya adalah dakwah. Dengan menjalankan dakwah, fitnah boleh dipadamkan.

Bersabarlah dalam dakwah kerana dakwah itu perjalanannya panjang.

Tarbiah yang sempurna akan membentuk wehdatul fikri yang menjuruskan kepada wehdatul amal.

Ikhlas dalam perjuangan adalah tunggak amal.

Sebenarnya setiap orang Muslim mampu membantu Harakah Islamiyah dalam menunaikan tanggungjawab beramal dan bekerja untuk menegakkan Islam. Ini dapat dilakukan dengan cara mereka menyertai barisan harakah setelah mereka memiliki sifat-sifat yang telah disebutkan iaitu mereka merasai dan menyedari kepahitan yang sedang dideritai oleh umat Islam hari ini dan mereka mengetahui sebab-sebab yang membawa kepada penderitaan tersebut. Kemudian mereka juga yakin kepada kemampuan dan keampuhan Islam untuk bangun semula dan menyelamatkan umat ini, mampu mengangkat mereka kepada martabat yang tinggi dari sudut keinsanan, akhlak dan peradaban, di samping melaksanakan tuntutan iman yang mengarahkan manusia supaya tunduk patuh secara menyeluruh kepada hukum-hakam Islam dan dasar-dasarnya dalam seluruh urusan hidup...(teruskan bacaan...)

Ulama’ – ulama’ di sepanjang zaman , tidak sunyi dari mencari jalan dan formula demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan kestabilan aqidah . Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa membayangi mereka...( Baca kupasan Ustaz Nasruddin At-Tantawi mengenai Arkanul Bai'ah)

Apakah itu Bai'ah?

Baiah bererti perjanjian atau ikrar bagi menerima dan sanggup memikul atau melaksanakan sesuatu yang dibaiahkan. Biasanya istilah baiah digunakan di dalam penerimaan seorang murid dengan Syeikhnya untuk menerima wirid-wirid tertentu dan berpegang dengannya sebagai suatu amanah. Namun suatu perkara yang diketahui dan difahami bahawa baiah juga digunakan di dalam skop yang lebih luas dan jauh bagi menegakkan ajaran Islam yang bukan hanya setakat berbaiah untuk mengamalkan wirid-wirid tertentu daripada syeikh-syeikh bahkan lebih menyeluruh dari itu untuk menegakkan perlaksanaan syariat Islam itu sendiri .(Baca selanjutnya...)

Pergolakan yang berlaku lebih kurang lima puluh tahun sebelum Hasan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin boleh dilihat secara kasar sebagai berikut...(Baca lagi...)

USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

;;
Powered By Blogger