Sebenarnya setiap orang Muslim mampu membantu Harakah Islamiyah dalam menunaikan tanggungjawab beramal dan bekerja untuk menegakkan Islam. Ini dapat dilakukan dengan cara mereka menyertai barisan harakah setelah mereka memiliki sifat-sifat yang telah disebutkan iaitu mereka merasai dan menyedari kepahitan yang sedang dideritai oleh umat Islam hari ini dan mereka mengetahui sebab-sebab yang membawa kepada penderitaan tersebut. Kemudian mereka juga yakin kepada kemampuan dan keampuhan Islam untuk bangun semula dan menyelamatkan umat ini, mampu mengangkat mereka kepada martabat yang tinggi dari sudut keinsanan, akhlak dan peradaban, di samping melaksanakan tuntutan iman yang mengarahkan manusia supaya tunduk patuh secara menyeluruh kepada hukum-hakam Islam dan dasar-dasarnya dalam seluruh urusan hidup...(teruskan bacaan...)

Ulama’ – ulama’ di sepanjang zaman , tidak sunyi dari mencari jalan dan formula demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan kestabilan aqidah . Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa membayangi mereka...( Baca kupasan Ustaz Nasruddin At-Tantawi mengenai Arkanul Bai'ah)

Apakah itu Bai'ah?

Baiah bererti perjanjian atau ikrar bagi menerima dan sanggup memikul atau melaksanakan sesuatu yang dibaiahkan. Biasanya istilah baiah digunakan di dalam penerimaan seorang murid dengan Syeikhnya untuk menerima wirid-wirid tertentu dan berpegang dengannya sebagai suatu amanah. Namun suatu perkara yang diketahui dan difahami bahawa baiah juga digunakan di dalam skop yang lebih luas dan jauh bagi menegakkan ajaran Islam yang bukan hanya setakat berbaiah untuk mengamalkan wirid-wirid tertentu daripada syeikh-syeikh bahkan lebih menyeluruh dari itu untuk menegakkan perlaksanaan syariat Islam itu sendiri .(Baca selanjutnya...)

Pergolakan yang berlaku lebih kurang lima puluh tahun sebelum Hasan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin boleh dilihat secara kasar sebagai berikut...(Baca lagi...)

USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

10 RUKUN BAI'AH

1. Al-FAHM

Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.

Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

2. AL-IKHLAS

Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.

3. AL-AMAL

Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)

4. AL-JIHAD

Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.

5. AT-TADHIYYAH

Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.

6. AT-THA’AH

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.

7. AT-TSABAT

Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.

8. AT-TAJARRUD

At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.

9. AL-UKHUWWAH

Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.

10. ATS-TSIQAH

Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.
Sumber: jalajuangwordpress

Kalimah Allahu Akbar telah bergema dan berkumandang di setiap penjuru bumi Allah s.w.t ini, siang dan malam. Diulang-ulang oleh jutaan manusia, gema suara itu terus menerus sepanjang empat belas abad yang lalu tanpa berhenti dan tidak pula mati. Walaupun pemerintahan negara silih berganti dan keadaan alam sekitar selalu berubah, tetapi laungan kalimah Allahu Akbar tidak akan bertukar ganti. Bergemanya laungan abadi berkenaan menjadi bukti yang nyata bagi kemenangan Muhammad ibn Abdullah s.a.w.

Kemenangan itu bukanlah dimaksudkan dengan kemenangan dalam pertempuran di medan, juga bukan dimaksudkan dengan kemenangan membuka Makkah dan menyatukan seluruh Semenanjung Arab di bawah pemerintahan Islam. Juga bukan dimaksudkan kemenangan menundukkan dua kerajaan yang besar pada masa itu iaitu Rom dan Farsi, tetapi kemenangan yang dimaksudkan ini adalah kemenangan yang bersifat sejagat, menjiwai penyusunan hidup ini, merubah perjalanan sejarah dan memberi nilai-nilai murni dan tetap (thabat) sepanjang zaman.

Sesungguhnya kemenangan Rasulullah s.a.w itu tidak lenyap walaupun kadang-kadang berlaku kelemahan yang mendatang ke atas umat Islam. Nilainya tidak hilang meskipun timbul berbagai aliran baru (dengan nama-nama baru) serta berbagai falsafah moden, cahayanya tidak padam dengan penguasaan satu golongan ke atas golongan yang lain. Ini disebabkan oleh asasnya yang amat kukuh bertapak di alam ini, menjiwai hati manusia dan menjelma dalam berbagai lapangan hidup ini.

Pada hakikatnya kemenangan itu telah membawa bukti-bukti yang nyata tanpa memerlukan bukti-bukti yang lain lagi, cuma apa yang perlu bagi kita ialah mengkaji dan menyelidik bagi mengetahui faktor-faktor kemenangannya serta jalan yang telah dilalui baginda.

Tidak syak lagi bahawa Allah s.w.t menghendaki kemenangan bagi Nabi Muhammad s.a.w serta menghendaki Deen Islam itu menguasai alam ini. Bagaimanapun Allah s.w.t tidak memberi kemenangan dengan begitu mudah sekali, Allah s.w.t tidak menjadikannya seperti ‘mukjizat’ tanpa memerlukan mujahadah serta jalan yang perlu diikuti oleh manusia. Kita lihat di dalam seerah bahawa Allah s.w.t menjadikan kemenangan itu sebagai hasil tabii dari Jihad Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda, serta natijah yang selayaknya dari pengorbanan mereka.

Sesiapa yang ingin mengetahui bagaimana Rasulullah s.a.w mencapai kemenangan, serta bagaimana Islam berjaya, maka hendaklah ia mempelajari serta meneliti akan keperibadian Rasulullah s.a.w, tindakannya, perjalanan hidupnya (sirahnya) serta jihadnya semoga dia dapat memahami bahawa jalan kemenangan/kejayaan itu sudah tersedia dan terbentang serta faktor-faktornya telah sedia wujud. Sesiapa juga inginkan kemenangan walau di zaman mana dan di mana tempat ia berada, oleh itu hendaklah ia mengikut contoh-contoh yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w.

Terdapat tiga nilai asasi kejayaan Muhammad ibni Abdullah s.a.w :

Pertama: Kejayaan Peribadi Baginda Rasulullah s.a.w sendiri - ketika mana orang-orang kafir Quraisy meminta bapa saudaranya ( Abu Talib ) supaya menahan baginda daripada bercakap mengenai tuhan-tuhan mereka, mereka telah membuat berbagai tawaran kepadanya, sekiranya baginda mahukan hartabenda maka mereka akan berikannya, jika baginda inginkan pangkat maka mereka akan mengangkatnya menjadi raja dan apa sahaja yang dikehendaki olehnya maka mereka akan berikan semuanya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berjaya mengetuk pendengaran mereka dan pendengaran dunia umumnya di sepanjang zaman dengan sumpahnya yang abadi yang terbit dari keimanan dan keyakinannya, sumpah berkenaan membawa maksud :

“Demi Allah !, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku untuk aku tinggalkan urusan ini (perintah Allah), maka sekali-kali aku tidak akan tinggalkan sehingga Allah buktikan kejayaannya ataupun aku mati”

Sungguh hebat, Inilah gambaran tindakan yang dicetuskan oleh Iman sejati, bukan terbit dari khayalan manusia semata.



Kedua: Kejayaan Rasulullah s.a.w Membentuk Jamaah Sahabat Ridhwanullahialaihim; jamaah yang merealisasikan iman mereka dalam gerak kehidupan mereka. Baginda berjaya membentuk/mencorak mereka mengikut corak al Quran sehingga jadilah mereka itu ibarat al Quran yang bergerak di atas muka bumi ini. Baginda berjaya menjadikan mereka sebagai model berjisim bagi Islam, jika manusia melihat mereka, bermakna melihat Islam itu sendiri.

Sebenarnya nas-nas (ayat-ayat) al Quran sahaja tidak bermakna sekiranya tidak dijelmakan dalam amalan seseorang, prinsip-prinsip sahaja tidak hidup melainkan dijelmakan dalam tingkahlaku dan amalan hidup ini. Kita dapati Rasulullah s.a.w meletakkan haluan utamanya ialah: membentuk rijal/pendokong-pendokong Islam, tidak semata-mata menyampaikan peringatan-peringatan sahaja. Baginda mendidik jiwa mereka, tidak semata-mata berkhutbah sahaja. Baginda membina Ummah bukan membangunkan falsafah.

Adapun Fikrah Islam itu telah terkandung di dalam al Quran al Karim, maka peranan Rasulullah s.a.w ialah membentuk Rijal yang mendokong fikrah tersebut sehingga dapat disaksikannya dengan mata kasar. Apabila rijal yang sudah terbentuk keperibadian mereka itu bergerak menjalankan aktiviti mereka di atas mukabumi ini, maka manusia lain melihat suatu keperibadian yang unik yang tidak pernah dilihat sebelum itu kerana keperibadian mereka itu adalah terjemahan atau jelmaan dari fikrah Islam yang unik, yang tidak pernah dikenali dalam sejarah manusia sebelum itu. Ketika itu barulah manusia lain yakin dengan fikrah Islam kerana mereka telah yakin kepada rijal atau pendokong-pendokong fikrah itu yang telah menghayati Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka, juga barulah mereka mahu mengambil contoh tauladan serta menuruti jalan yang telah dilalui oleh rijal itu.

Fikrah Islam sahaja tidak akan hidup melainkan apabila fikrah itu dijelmakan di dalam kehidupan manusia seluruhnya. Dalam hal ini kita dapati Rasulullah s.a.w telah berjaya membentuk atau mendidik sehingga fikrah Islam itu menjadi manusia yang berfikrah. Baginda berjaya dalam tarbiyyahnya sehingga keimanan mereka itu lahir dalam bentuk amalan praktik hidup, seolah-olah baginda dberjaya mencetak berpuluh-puluh, beratus-beratus bahkan beribu-ribu naskah al Quran, tetapi bukanlah dicetak dengan dakwat atas lembaran-lembaran kertas, hanya sanya baginda mencetak beribu-ribu naskah al Quran itu dengan Nur Iman di ats lembaran-lembaran hati dan jiwa manusia. Generasi al Quran itulah yang dikeluarkan ke tengah-tengah masyarakat manusia, menjelas dan menghuraikan dengan perbuatan serta amalan mengenai apakah Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi utusan Allah s.w.t itu.

Ketiga: Kejayaan Rasulullah s.a.w Ketikamana Baginda Menjadikan Syariat Islam Sebagai Sistem Yang Memerintah Hidup Ini – menyusun masyarakat, mengatur perhubungan di antara manusia dand menentukan nilai-nilai manusia dan benda.

Sesungguhnya Islam itu adalah suatu ‘aqidah yang melahirkan syariat dan terbina di atas syariat itu suatu sistem atau peraturan. Himpunan ‘aqidah dan syariat serta sistem itu maka terbentuklah pokok Islam, tiap-tiap pokok ada akarnya, batangnya dan buahnya (hasilnya), tidak tegak batang dan tidak lahir buahnya tanpa akarnya yang menjunam ke dalam bumi, tidak bernilai bagi akar yang tidak tumbuh batang pokoknya dan tidak bernilai atau berfaedah pokok yang tidak mengeluarkan hasilnya.

Oleh sebab itulah Islam menggesa supaya berhukum dengan syariat Allah s.w.t di dalam hidup ini. Firman-firman Allah s.w.t menjelaskan perkara ini:

Firman Allah SWT;


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi) , yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. “

(Surah al Maa-idah : 44)



“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya ( at Taurat ) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qisasnya), maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim “

(Surah al Maa-idah : 45)

“Dan hendaklah orang-orang yang mengikuti Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. “

(Surah al Maa-idah : 47)

Jika dilaksanakan, maka luputlah dongeng-dongeng yang menganggap bahawa Deen itu terpisan dari daulah (pemerintahan). Sebenarnya tidak wujud daulah tanpa deen dan tidak ada deen tanpa syariat dan sistem. Sejak hari pertama tegaknya Daulah Islamiyyah, maka syariat Islamlah yang berjalan, memerintah daulah tersebut, pemilik syariat itu ialah Allah s.w.t. Kerajaan Islam bermula sejak penganut Islam masih kecil bilangan mereka. Namun mereka telah berjaya mempertahankannya serta mengawalnya. Kerajaan itu bertapak kukuh di suatu bahagian bumi ini dibawah naungan panji-panji Islam. Di masa itu Islam menjadi sistem hidup bermasyarakat, hubungan antara muslimin dan antarabangsa. Kemudian Islam berkembang luas dengan membawa ‘aqidah, syariat serta sistemnya di mana sahaja Islam itu bertapak, sesiapa yang suka maka dia boleh menganut Islam dan sesiapa yang enggan maka tidak ada paksaan ke atasnya. Bagaimanapun sistem Islam tetap memberi keadilan dan kebaikannya. Ketika itu berduyun-duyunlah manusia menganut Islam dengan rela hati mereka, benarlah janji Allah s.w.t kepada Rasulnya seperti firman Nya :

Firman Allah SWT;

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.“

( Surah an Nashr : 1-3)

Islam telah berjaya kerana ‘aqidahnya melahirkan syariat dan membangunkan sistem hidup yang memberi ketenteraman kepada manusia dan seluruh alam ini. Berjaya Rasulullah s.a.w kerana baginda melaksanakan syariat Allah s.w.t seperti yang dikehendaki.

Inilah nilai-nilai asasi kejayaan Rasulullah s.a.w yang telah diabadikan dalam hidup ini. Kejayaan ini InsyaAllah boleh dimiliki oleh generasi sekarang, asas panduannya sudah tersedia, hanya memerlukan usaha kita bagi mencapai kejayaan yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t kepada sesiapa yang menolong menegakkan deen Nya.
Sumber: Rehlah

As-Syahid al-Imam Hasan al-Banna Imam Syahid dilahirkan di kota Mahmudiyyah di Buhairah, Mesir pd tahun 1906M. Beliau terdidik dlm keluarga yg masyhur dgn ilmu dan agamanya. Ayahnya bernama Ahmad Abdurrahman al-Banna, salah seorang ulama terkenal dgn ilmu sunnahnya. Di antara tercurah di dlm kitab karangannya yg berjudul “Al-Fath ar-Rabbani li Tartib Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal as-Syaibani.” Di samping itu, ayahnya juga bekerja sbg pengusaha penjilidan buku dan membaiki jam, sehingga terkenal sbg ahli membaiki jam. Beliau memperoleh pendidikan awal di Madrasah al-I’dadiyyah Rasyad ad-Diniyyah di Mahmudiyyah. Beliau mula menaruh perhatian terhadap da’wah sejak kecil. Beliau mula merancang kegiatan Islam secara berstruktur utk melaksanakan amar ma’ruf nahu munkar. Beliau bersama teman-temannya membentuk organisasi bernama Jam’iyyah al-Akhlaq al-Adabiyyah, setelah itu mendirikan Jam’iyyah Man’ al-Muharramat. Imam Syahid amat gemar menghafal teks sejak kecil dan terkenal krn memiliki hafazan yg sgt kuat.
Selanjutnya, beliau berpindah ke Darul Mu’allimin di Damanhur pd tahun 1920. Di sinilah beliau menyelesaikan hafazan al-Qurannya sebelum usianya genap 14 tahun. Pada tahun 1923 beliau berpindah ke Kaherah utk melanjutkan pengajiannya di Darul Ulum. Di sanalah wawasan Imam Syahid mulai terbuka lebar. Beliau banyak menjalinkan hubungan dgn ulama ternama. Beliau secara disiplin mengunjungi Perpustakaan Salafiyyah dan secara rutin menghadiri majlis Ustaz Muhibuddin al-Khatib dan di tempat inilah beliau byk menemui para ulama.
Di samping itu beliau juga menjadi salah satu hadirin aktif di majlis ta’alim Ustaz Rasyid Ridha. Di sana pula beliau byk menemui ulama dari al-Azhar. Beliau selalu menekankan perlunya amal Islami dgn segala cara utk menghadapi gelombang ilhad (atheis) dan ibahiyyah yg sudah lama marak menyelusup di tengah-tengah masyarakat ketika itu. Ketika jiwa da’wah telah kukuh meresap dan mendarah daging dlm peribadinya, beliau bangkit meningkatkan manuver da’wahnya bersama teman-temannya, dr majlis-majlis ta’alim, kedai-kedai kopi hinggalah ke forum-forum ilmiah. Pd tahun 1927 beliau selesai menempuh pendidikan di Darul Ulum dgn menggondol predikat juara pertama, kemudian mengajar di kota Ismailiyyah. Dr sana beliau mulai berkhidmat di dlm da’wah secara sistemik (manhaji).
Beliau merancang program-program da’wah dgn mengelilingi kampung, masuk keluar masjid dan menyampaikan da’wah kpd mereka yg duduk di kedai-kedai kopi. Mereka semuanya ditarbiyyah dgn cara Islam secara serius sehingga menghasilkan jiwa yg dinamis. Pd bulan Dzulqa’idah 1347H bertepatan dgn Mac 1928 terbentuklah sel awal Jama’ah Ikhwanul Muslimin dgn 6 anggota. Sejak hari pertamanya, Jama’ah ini terkenal dgn prinsip kembali kpd sumber asasi Islam: Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, serta kehidupan shalafusshaleh. Imam Syahid sejak mula telah memberikan perhatiannya kpd pemahaman syumuliyyah al-Islam dlm jiwa anggotanya, bahawa Islam meliputi aqidah, syari’ah dan manhaj al-hayyah yg lengkap dan sempurna. Beliau berjihad membanteras bid’ah, khurafat dan kemungkaran yg melanda umat Islam ketika itu. Beliau mula membangunkan yayasan-yayasan Jama’ah, masjid-masjid, gedung-gedung pertemuan, mendirikan Maahad Hira’ al-Islami dan Madrasah Ummahatul Mu’minin di kota Ismailiyyah.
Bermula dr sini tersebarlah da’wah beliau ke seantero kota mahupun desa sekitarnya. Pd tahun 1923 Imam Syahid berpindah ke Kaherah, dan dgn itu pusat Ikhwan turut dipindahkan ke sana. Beliau memulakan program tarbiyyah utk para pemuda dgn tarbiyyah Islam yg kukuh, sbg persiapan nantinya utk memikul beban-beban da’wah yg berat. Ketika itu beliau dilihat sbg obor bg gerakah da’wah Islam. Beliau melakukan perjalanan dr satu wilayah ke wilayah lainnya bersama kawan-kawannya utk memberikan ta’limat, sambil memberikan contoh kpd sesama aktivis da’wah, bagaimanakah gerak ideal bg sebuah amal da’wah. Beliau sgt serus menjaga gerakan da’wahnya agar tidak sampai menjadi harakah iqlimiyyah (gerakan lokal) di wilayah Mesir sahaja. Sebaliknya, beliau ingin agar da’wahnya bersifat ‘alamiyyah (universal) sebagaimana ‘alamiyyah-nya Islam.
Imam Syahid aktif mengirim utusannya ke serata wilayah dunia Islam utk melakukan kajian tentang keadaan kaum Muslimin setempat, kemudian hasilnya dihantarkan ke Kaherah. Pusat Ikhwanul Muslimin ketika itu menjadi tempat bertemunya para mujahididn dr seluruh penjuru dunia, di saat negeri-negeri Islam yg lain berada pd masa kegelapannya krn hidup di bawah penjajah asing. Pusat Ikhwan sempat pula dihadiri tokoh-tokoh gerakan kemerdekaan dr Afrika, Yaman, India, Pakistan, Indonesia dan Afghanistan. Juga dr Sudan, Somalia, Suriah, Iraq, Palestin dan lain-lain lagi. Imam Syahid mengibarkan panji jihad utk menghadapi penjajahan asing seperti Inggeris, Perancis dan Yahudi. Beliau juga khusus menggerakkan jihad utk pembebasan Palestin. Tercatat dlm sejarah dan masyhur, bagaimana pasukan Ikhwan memberikan pengajaran yg tidak dapat dilupakan oleh Yahudi dan askar-askarnya di Palestin. Pd tahun 1948, penjajah dan konco-konconya bersekongkol utk menghancurkan Ikhwan. Negara-negara barat menekan pemerintah Mesir utk menghancurkan Jama’ah ini dan menangkap para mujahidin sekembalinya mereka dr perang di Palestin. Jadilah Imam Syahid seorang diri di luar penjara setelah beliau dipisahkan dr murid-muridnya, agar musuh-musuh Islam lebih leluasa utk mewujudkan impian mereka. Kemuncaknya, pd tanggal 12 Februari 1949, Imam Syahid mencapai kesyahidannya setelah ditembak oleh mata-mata Raja Faruq secara pengecut di salah satu jalan di kota Kaherah.
Imam Syahid meninggalkan beberapa tulisan, di antaranya yg paling fundamental adalah Majmu’ah ar-Rasail yg dihimpunkan dlm satu buku, kemudian Mudzakkirah ad-Da’wah wa ad-Da’iyyah dan lain-lain lagi. Tulisan-tulisannya meskipun sedikit dan ringkas, namun mengandungi banyak kebaikan dan barakah yg melimpah-ruah. Ia mengandungi nilai yg tinggi meskipun diungkap dlm bahasa yg ringkas dan sederhana. Orang dgn mudah dapat memahami isinya hanya dlm tempoh yg singkat. Imam Syahid telah byk menghabiskan waktu dgn menekuni da’wah dan tarbiyyah.
Beliau membangunkan jama’ahnya dgn menumpukan kpd proses tarbiyyah utk mencetak kader da’wah, serta membangunkan kesedaran umat yg selama ini tidur lena. Beliau memfokuskan perhatiannya kpd pembentukan rijal da’wah yg tangguh. Dipenuhinya perpustakaan dgn karya-karya beliau yg menyuarakan kebangkitan dan dinamika umat. Dgn amal Islami yg dirintisnya, beliau mengibarkan bendera jihad fi sabilillah di lima benua. Dgn semangat penuh gelora, beliau maju menghadang kebathilan, membongkar dgn jemarinya akar-akar penjajah di setiap tempat, serta membanteras kemungkaran, atheisme dan kesesatan.
Beliau tampil mempamerkan Islam kpd umat manusia dgn segenap karakternya yg lengkap, sempurna dan universal, jauh dr penafsiran para jahil dan pemalsu. ‘Ala kulli hal, dgn gayanya yg khas beliau telah berhasil menunjukkan sekaligus mendemonstrasikan di hadapan umat bahawa Islam itu mudah dan jelas, tiada suatu pun yg samar dan membingungkan. Semoga Allah memberikan balasan pahala yg setimpal dan memasukkan beliau ke dlm golongan para shalihin dan syuhada’.
Amin. - Ma’an ‘ala Thariqi ad-Da’wah, Muhammad Abdul Halim Hamid

Sepertimana yang kita ketahui As-Syahid Hassan Al-Banna telah meletakkan sepuluh rukun bai’ah yang mana kesemua rukun bai’ah ini disimpulkan oleh As-Syahid melalui sirah Nabi S.A.W .Jika disingkap kembali sejarah kegemilangan Islam di zaman Nabi S.A.W ,kita dapat menghayati bagaimana Nabi S.A.W dan para sahabatnya memperaktikkan sepuluh perkara yang penting ini.Di sana mereka pernah jatuh dan rebah serta menang dan kalah ,tetapi mereka tetap teguh dengan perjuangan dan sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dan jua kemenanganNya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesunguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong agamaNya,sesngguhnya Allah maha kuat lagi maha perkasa”
Surah Al-Hajj: 40

Di antara sepuluh Arkanul bai’ah yang tetapkan oleh As-syahid adalah : Faham,amal,ikhlas.jihad,pengorbanan,taat,teguh,tajarrud,ukhuwah dan thiqah.


AMAL

Firman Allah yang bermaksud:
“ Bekerjalah kamu,maka Allah an rasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu,dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberikan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
At-Taubah: 105

Ayat ini menujukkan bahawa setiap amlam yang dikerjakan di dunia ini akan diperhitungkan oleh Allah terhadap hamba-hambNya di hari kiamat nanti. Nabi S.A.W pernah bersabda di dalam yang sahih, “Sesungguhya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi seseorang itu dengan apa yang diniatkan”. Maka kita sebagai seorang mukmin lagi mujahid sentiasalah kita menitik beratkan soal niat ini.Niat adalah permulaan bagi sesuatu maqasid( tujuan)

Persediaan amal yang perlu ada bagi setiap individu pejuang:

Pertama:
Hendaklah dia memperbaiki dirinya supaya menjadi seorang mukmin yang kuat dari segala aspek kehidupan.
Mempunyai kesihatan yang baik dan tubuh yang kuat.
Akhlaq yang mantap
Pemikiran yang intelek
Mampu bekerja dan berusaha
Aqidah yang betul
Ibadah yang sahih
Sentiasa bermujahadah terhadad dirinya
Memelihara jiwanya
Prihatin terhadap masanya dan bersistematik
Memberi manfaat kepada orang lain



Kedua:
Pembentukkan rumahtangga yang muslim
Membimbing ahli keluarga supaya memahami Islam dan perjuangan
Memelihara adab-adab Islam dalam kehidupan rumahtangga
Bijak memilih bakal isteri atau suami

Ketiga:
Membimbing Masyarakat
Menyebarkan dakwah,menjalankan amal am’ruf dan nahi munkar

Keempat:
· Membebaskan tanah air
· Mengembalikan kuasa politik dan ekonomi kepada pemerintahan dan undang-undang Islam yang sebenar

Kelima:
Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi benar-benar kerajaan Islam
Berkhidmat kepada masyarakat demi untuk menjaga kemaslahatan mereka dan bukan pula mufsadah.
Menerima amanah yang diberikan itu denga penuh rasa tanggungjawab,kerana ianya balak dipersoalkan di akhirat kelak.

Keenam:
Mengembalikan kedudukan alammiyyah Negara-negara kepada umat Islam dan membebaskan tanah airnya dan mengembalikan kegemilangannya
Menyatukan suara-suara umat Islam di seluruh dunia sehingga terbangunnya khilafah islamiyyah.

Ketujuh:
Memimpin dunia dengan menyebarkan da’wah Islam di segenap pelusuk dunia

Firman Allah yang bermaksud:( Sehingga tidak menjadi fitnah dan agama itu semuanya milik Allah) Al-Anfal:39


TAJARRUD

Berkata As-syahid Hasan Al-Banna, maksud tajarrud ialah mengosongkan fikrah dari segala dasar dan individu selainnya ,kerana fikrah kamu adalah yang paling mulia ,paling mencakupi dan mulia

Firman Allah taala yang bermaksud
“Adalah bagi kamu pada kisah Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya teladan yang baik,ketika mereka berkata kepadakaum mereka:kami berlepas diri dari kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah,kami mengingkari kekufuran kamu,dan telah nyata di antara kami dan kamu permusuhan serta kebenciaan buat selama-lamanya,sehinggalah kamu beriman kepada Allah sahaja”
Al-Mumtahanah: 4

Makna tajarrud dari segi syara’ialah beribadat semata-,ata kerana Allah bukan selainNya.Pegerakkan,diam sembunyi dan nyata hanya kerana Allah,tiada berbaur dengan hawa nafsu,dunia,kemegahan dan kekuasaan.

Dalam erti kata yang lain pula kita boleh mengertika tajarrud itu ialah kita menyakini dan mempercayai kebenaran perjuangan itu dengan sepenuhnya walaupun kita terpaksa berhadapan dengan keluarga sendiri.,sepertimana tajarrud yang di lakukan oleh Nabi S.A.W yang terpaksa memerangi bapa saudaranya sendiri Abu Jahal di dalam peperangan badar.

Sifat tajarrud adalah perlu untuk menyatukan sas-saf para petugas Islam dan ia adalah salah satu dari rukun dakwah.Seseorang Islam itu tidak akan dapat melaksanakan dan membengunkan da’wah melainkan setelah memiliki sifat tajarrud.

Al-Maududi berkata:Sesungguhnya fikriyyah yang diseru oleh para aktivis yang berlemah-lembut,benar,hati yang jernih,dan ikhlas beralaml,berpegang pada prisip,kosong dari sebarang kepentingan nafsu,sememangnya dapat mencari kebahagiaan untuk manusia dan menjanjikan kesejahteraan dan kerehatan kepada manuasiayang berada di dalam kesusahan.Hasilnya,hati-hati yang ada secebis kebaikan pasti akan tertarik dengan da’wah ini

Bagi mereka yang ingin menegakkan kebenaran ini di atas muka bumi,maka perlulah mendirikannya di dalam diri mereka terlebih dahulu,di dalam hati dan kehidupan mereka,pada gambaran AQIDAH ,AKHLAQ, IBADAT DAN TINGKAH LAKU.”

Antara tajarrud yang benar ialah seperti Abu Bakar As-siddiq. Beliau telah membelanjakan hartanya untuk menylamatkan mereka yang tersiksa dan golongan yang tertindas di Makkah.Memelihara perantau yang berakad setia,dan ikhlas kerana Allah.Lalu tuunkan ayat Al-Quran yang memberi khabar gembira tentang amalam mulia yang dikerjakan kerana apa yang beliau kerjakan hanyalah semata-mata kerana mengharapkan kerdhaan Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan sebaliknya akan dijauhkan azab neraka itu darpada orang yang sungguh bertaqwa,yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun,yang patut dibalas,hanyalah mengharapkan keredhaan TuhnaNya Yang maha Tinggi;Dan sesungguhnya,ia tetap akan berpuas hati pada hari akhirat,dengan mendapat segala yang diharapkan”
Al-Lail: 17-21

Di antara taarif tajarrud yang disebut dalam kitab Ruknul Tajaarud karangan Dr Abd Halim Mahmud ,salah seorang ulama Al –Azhar Mesir.
Tajarrud:menanggalkan atau menyucikan
Menyucikan hati dari apa yang selain Allah
Menanggalkan apa yang di dalam hati dan akal itu dari apa yang selain kebenaran
Melepaskan diri (Al-Bara’) membebaskan diri dari setiap apa yang disembah selain Allah.

Penjelasan:Kalimah (buraa’)dalam surah Al-Mumtahanah:4 menunjukkan pengertiaan (wala’) dari pengikut-pengikut Nabi Ibrahim daripada menyembah selain Allah,dan mereka tidak syirik dengan apa yang mereka sembah iaitu Allah S.W.T.

Tajarrud dalam sesuatu harakah itu,kita melakukan setiap kerja itu kerana islam dalam segala aspek sama ada dari segi kemasyarakatan,politik , ekonomi atau dalam jihad sendiri.Dalam erti yang lain kita mempercayai bahawa fikrah yang kita bawa ini adalah fikrah yang benar,dan kita tidak meraguinya lagi.

Di antara contoh-contoh Tajarrud

Nabi Muhammad S.A.W:
Ketika mana nabi S.A.W mula menyebarkan dakwahnya di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam yang mana setelah itu bapa saudaranya Abu Talib datang menemui beliau dan menyuruh beliau menghentikan kerja dakwah itu,nabi berkata:wahai bapa saudaraku sekalipun diletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku,aku takkan tinggalkan urusan ini sehinggalah Allah menzahirkannya ataupun aku binasa dalam mendapatkannya.

Umar R.A
Kisah yang diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam
Aslam adalah hamba kepada Umar,ketika khalifah keluar bersama Aslam untuk meninjau keadaan penduduknya .Dalam kegelapan malam itu ,Umar melihat seorang wanita yang sedang mendidihkan air sambil anak-anaknya menangis kelaparan.kerana ketiaadaan makanan wanita itu mendidihkan air sehinggalah anak-anak itu tertidur.Setelah Umar melihat keaadan yang demikian Umar Al-khattab menangis kerana beliau merasakan bahawa beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.Kemudian beliau pulang ke Darus sadaqah untik mengambil barang –barang seperti,gandum,minyak dan pakaian untuk dibawakan untuk wanita dan anank-anaknya tadi.Beliau meletakkan semua barang-barang itu di dalam sebuah gundi dan membawanya dengan sendiri ,kerana kata beliau Aku bakal dipersoalkan di akhirat nanti.Kemudiaanya beliau sendiri memasakkannya dan memberikan makanan untuk anak-anak itu,sehinggalah ibu dan anak-anak itu kelihatan gembira.

Abu Ubaidah Aamir bin Jarrah yang digelar dengan Aminun Ummah
Di dalam peperangan Uhud beliau telah membunuh bapanya sendiri begitu jua dengan
Mus’ab bin Umair yang membunuh abangnya sendiri,dan Umar Al-Khattab memebunuh bapa saudaranya
Al-‘as bin Hisyam bin Al-Mughirah dalam peperangan Badar.Kejadiaan inilah yang menjadika Asbabul Nuzul bagi ayat 22 dari surah Al-Mujadalah
Sumber:Tarbiahkampus

;;
Powered By Blogger